Amazon Malaysia

Amazon Malaysia - Does Amazon ship to Malaysia?

Adakah Amazon Melakukan Penghantaran ke Malaysia?

Jika anda tinggal di Malaysia dan pernah mencuba untuk membeli sesuatu dari Amazon, mungkin anda pernah menghadapi kesukaran. Masalah yang paling biasa ialah barangan anda tidak boleh dihantar ke Malaysia, tetapi terdapat juga masalah-masalah lain yang timbul. 

Mujurlah, Amazon akan melakukan penghantaran untuk hampir kesemua barang ke Malaysia – asalkan anda mengetahui cara yang betul untuk melakukannya. Strategi dua langkah kami menunjukkan kepada anda sebetulnya bagaimana untuk membolehkan hampir kesemua barang di Amazon.com dihantar ke Malaysia.

Note: As an Amazon Associate I earn from qualifying purchases. There is no additional cost to you.

Nota penting: Anda patut sentiasa membeli di laman Amazon.com USA, kerana laman ini menawarkan pilihan yang lebih luas pada harga yang lebih murah berbanding laman Amazon yang lain di seluruh dunia.

Lawat sekarang. 

Strategi #1: Kaedah Double Filter (Sangat Mudah, Kadar Keberkesanan 80-90%)

Langkah 1: Lawat Homepage Amazon Malaysia Yang Baharu Anda

Masalah: Anda cuba untuk membeli sesuatu di Amazon.com (laman USA) dari Malaysia, tetapi apabila tiba di halaman checkout, anda diberitahu bahawa barangan tersebut tidak boleh dihantar ke Malaysia. 

Penyelesaian: Untuk mengelakkan pembaziran masa anda dengan barangan yang tidak dihantar keluar dari USA, anda perlu mula melakukan pencarian untuk lain kali di halaman ini. Halaman ini menapis keluar barangan yang tidak boleh dihantar ke Malaysia, jadi ianya lebih mudah!

Save 39% on Temu & 1000+ more stores


  1. Open a TopCashback account (works worldwide).
  2. Receive your $15 signup bonus.
  3. Save 39% on Temu and 1000+ other stores.

Langkah 2: Set 1-Click Address Anda

Masalah: Walaupun anda sudah menapis keluar kesemua barangan yang dihantar ke USA sahaja, tidak bermaksud kesemua barang boleh dihantar ke Malaysia. Kawalan oleh kerajaan tidak membenarkan barangan tertentu seperti barangan elektronik tertentu untuk diimport terus dari Amazon, maka untuk melihat barangan yang boleh dihantar ke Malaysia sahaja, anda perlu mengeset 1-click address anda.

Penyelesaian: Pergi ke Purchase Preferences, pastikan anda menggunakan alamat Malaysia anda sebagai default address anda, dan bolehkan 1-click ordering di browser anda. Jika ia tidak kelihatan seperti ini, hanya tambah alamat Malaysia dan setkan sebagai default address anda. Sebenarnya, anda langsung tidak perlu menggunakan ciri 1-click ordering tersebut, tetapi anda perlu membolehkannya supaya Amazon menunjukkan kepada anda hanya barangan yang boleh dihantar ke Malaysia.

Gambar di bawah menunjukkan bagaimana kelihatannya. Apabila anda selesai set up, anda boleh membeli di Amazon sebanyak mana yang ada suka! 

Amazon 1-click address
Setkan default address anda dengan fungsi 1-click ordering untuk melihat barangan manakah yang boleh dihantar kepada anda.

Jika Strategi #1 Tidak Berkesan Untuk Saya?

Kaedah menggunakan halaman antarabangsa Amazon ini hanya berkesan untuk 80-90% barangan Amazon, tetapi jangan risau. Jika anda tidak boleh mendapatkan barangan kemahuan dihantar kepada anda menggunakan kaedah ini, oleh itu kami mempunyai Strategi #2: package forwarding.

Strategi #2: Package Forwarder (Agak Mudah, 100% Tahap Keberkesanan)

Terdapat beberapa barangan yang tidak dihantar kepada kita di sini, paling biasa ialah Kindles mereka dan alatan elektrik. 

Walaubagaimanapun, masih terdapat cara yang anda boleh gunakan untuk membolehkan barangan ini dihantar melalui penghantaran antarabangsa, dengan menggunakan package forwarder parti ketiga. Berikut ialah bagaimana untuk melakukannya.

Langkah 1: Daftar Dengan Package Forwarder

Pertama, anda perlu membuka akaun dengan package forwarder, pihak yang boleh menerima pembelian Amazon anda di gudang mereka di USA dan memforwardkannya ke tempat anda. Kami telah menguji hampir sedozen package forwarder yang berbeza untuk beberapa tahun lepas, dan telah merumuskan bahawa Planet Express ialah package forwarder yang terbaik untuk hampir semua orang. Berikut ialah sebab-sebab kenapa kami sangat mengesyorkan Planet Express: 

  • Servis Yang Terbukti: Planet Express telah melakukan tugas yang baik dengan kesemua order yang kami buat melalui mereka, dan telah memaklumkan status penghantaran order kami dengan kerap sepanjang keseluruhan proses
  • Pelanggan Berpuas Hati: Planet Express mempunyai maklum balas pelanggan yang cemerlang di seluruh web
  • Penghantaran Cepat: Planet Express menghantar pakej-pakej selepas beberapa jam setelah anda meletakkan order, lantas meminimumkan keseluruhan masa penghantaran kepada anda
  • Penjagaan Yang Baik: Planet Express menjaga barangan anda untuk memastikan mereka tiba tanpa sebarang kerosakan
  • Bebas Cukai: Planet Express mempunyai banyak gudang di seluruh USA, termasuk sebuah gudang bebas cukai di Oregon untuk memastikan kos yang anda bayar seminimum yang boleh
  • Penjimatan Tambahan: Planet Express akan membungkus semula dan menggabungkan barangan-barangan anda ke dalam satu kotak untuk menjimatkan kos penghantaran
  • Penyimpanan Percuma: Anda boleh menstorkan barangan anda di gudang Planet Express USA untuk 10 hari secara percuma
  • Kadar Terendah Industri: Planet Express menawarkan harga purata terendah dalam kalangan package forwarder yang kami uji 

Untuk mendapatkan sebut harga penghantaran untuk barangan spesifik, gunakan Shipping Cost Calculator Planet Express di sini. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, baca secara mendalam maklum balas untuk Planet Express.

Step 2: Beli Barangan Anda

Setelah anda mendaftar untuk Planet Express, anda akan menerima alamat penghantaran unik untuk menghantar pakej anda. Alamat penghantaran unik ini memastikan barangan-barangan anda tidak tercampur dengan barangan milik orang lain, dan juga membolehkan Planet Express menghantar notifikasi kepada anda (dengan gambar) dalam beberapa minit setelah barangan anda tiba di gudang mereka. 

Maka, hanya beli barangan anda dan hantarkan ke alamat unik Planet Express – ianya semudah itu.

Step 3: Forwardkan Barangan Anda

Apabila barangan anda tiba di gudang Planet Express di USA, anda mempunyai dua keputusan yang perlu dibuat:

  1. Kecepatan: Penghantaran standard, penghantaran prioriti, dll. Planet Express menawarkan beberapa pilihan penghantaran, setiap daripadanya mempunyai kecepatan dan kos yang berbeza. Melalui pengalaman saya, sentiasa terdapat pilihan penghantaran yang memenuhi keperluan saya. Saya biasanya memilih pilihan yang lebih lambat dan murah, kerana saya tidak memerlukan barangan yang saya beli dengan segera, tetapi mereka juga menawarkan banyak penghantaran ekspres melalui jenama-jenama yang dipercayai seperti FedEx dan DHL. 
  2. Insurans: Adakah anda mahukan insurans tambahan untuk penghantaran barangan anda? Saya biasanya tidak menggunakan insurans tambahan tersebut, kerana Planet Express dengan sedia ada melakukan penghantaran menggunakan jenama terkemuka, tetapi jika anda membeli sesuatu yang bernilai tinggi seperti sebuah iPhone X, anda mungkin mahu menggunakan insurans tambahan. 

Apabila anda membuat pilihan untuk Kecepatan dan Insurans, tiba masanya untuk penghantaran! Hampir kesemua penghantaran barangan saya dengan Planet Express saya berkos lebih kurang $7-12 USD, tetapi sudah tentu ianya bergantung kepada saiz dan berat barangan. Untuk maklumat lebih lanjut tentang kadar harga penghantaran, cukai/duti, dan lain-lain, daftar di sini

After testing nearly a dozen different package forwarders for price, reliability and speed, Planet Express is our favorite by far.
Setelah menguji hampir sedozen package forwarder yang berlainan dari segi harga, kebolehpercayaan dan kecepatan, Planet Express ialah kesukaan kami.

Soalan Lazim

Adakah Amazon Menawarkan Penghantaran Percuma ke Malaysia?

Tidak, Amazon tidak menawarkan penghantaran percuma ke Malaysia. Anda biasanya perlu membayar sekitar RM45 untuk penghantaran barangan Amazon anda ke Malaysia, dan anda mungkin perlu membayar lebih jika anda membeli lebih daripada satu barangan atau jika barangan anda berat atau besar. Hampir kesemua barangan Amazon di Malaysia akan dihantar oleh Pos Malaysia

Bagaimanakah Untuk Amazon Echo Dihantar Ke Malaysia?

Amazon Echo ialah perintis pembesar suara pintar dengan pengaktifan melalui suara dan juga merupakan alat pembantu peribadi. Terdahulu dikeluarkan pada tahun 2014, Amazon Echo sekarang sudah berada di generasi ke-3. Amazon telah mengeluarkan Amazon Echo Dot, alat yang lebih kecil, lebih murah dengan kesemua fungsi Echo (termasuk Alexa) dan pembesar suara yang kurang sedikit berkuasa. Berikut ialah beberapa ciri popular pada Amazon Echo:

  • Memainkan muzik mengikut arahan (boleh disambung ke Spotify, Apple Music, Amazon Music, dll.)
  • Memberitahu anda berita dan cuaca
  • Menetapkan timer, alarm dan kalendar peristiwa
  • Mengawal alatan pintar rumah (Philips Hue, Nest Wi-Fi, dll.)
  • Mencari maklumat
  • Membaca resepi. 
  • Memasukkan barangan ke dalam shopping list
Amazon Malaysia - Amazon will not ship the Echo outside of the United States, but you can still get one delivered to you in Malaysia if you follow our methods.
Amazon tidak akan menghantar Echo ke luar USA, tetapi anda masih boleh mendapatkannya dihantar ke Malaysia jika anda mengikuti kaedah-kaedah kami.

Katakan, anda menginginkan Amazon Echo dihantar ke rumah anda di Kuala Lumpur. Megikut Strategi #1 di atas, anda haruslah:

  1. Melawat homepage a Amazon baru anda di sini
  2. Tambah alamat Kuala Lumpur anda di Purchase Preferences di sini, beli Echo tersebut, dan hantarkannya ke alamat anda. 

Jika proses tersebut tidak berhasil untuk anda, Strategi #2 semestinya akan berhasil. 

Kod Promo Amazon Di Malaysia

Malangnya, anda mungkin tidak akan pernah menjumpai kod promo Amazon yang berkesan di Malaysia. Hampir semua kod promo Amazon yang anda jumpa online tidak boleh digunakan. Daripada anda membuang masa mengejar Kod Promo Amazon di Malaysia, kami menyarankan anda menggunakan kaedah 2-step double filter kami (Strategi #1) di atas untuk membolehkan barangan anda dihantar ke Malaysia secepatnya dengan berkesan. Jika Strategi #1 tidak berhasil, Strategi #2 menggunakan package forwarder akan berhasil. 

Amazon Web Services di Malaysia

Amazon Web Services menyediakan on-demand cloud computing kepada individu, syarikat dan kerajaan dengan meter dan berasaskan pay-as-you-go. Ianya menjadikan pembinaan laman web dan aplikasi web sangat mudah dan berpatutan, dan memastikan kos yang rendah dengan hanya mengecaj anda untuk data yang anda guna. Untuk membina laman web atau aplikasi web menggunakan Amazon Web Services di Malaysia, tekan di sini

Amazon Flex di Malaysia

Amazon Flex ialah platform penghantaran syarikat yang membolehkan kontraktor bebas untuk menghantar pakej untuk Amazon. Flex dilancarkan pada tahun 2015 sebagai satu cara untuk Amazon memperoleh kawalan yang lebih besar terhadap rantaian nilai dan mempercepatkan penghantaran jarak terakhir. 

Berikut ialah bagaimana Amazon Flex berfungsi: 

  1. Pemandu-pemandu Amazon Flex menemukan pakej-pakej dari gudang Amazon lokal mereka. Pakej-pakej diaturkan mengikut geografi yang spesifik dan khusus, lalu membenarkan setiap pemandu untuk memfokuskan jalan atau lorong bersebelahan untuk penghantaran hari tersebut. 
  2. Pemandu-pemandu menggunakan aplikasi Amazon Flex untuk mendapatkan butiran setiap penghantaran: alamat penghantaran, penempatan penghantaran, permohonan khas, dll.
  3. Pemandu-pemandu menyiapkan blok penghantaran dalam 3-5 jam. Pemandu Amazon Flex boleh mendaftar untuk blok penghantaran berganda dalam satu hari, membolehkan mereka memperoleh bayaran yang kompetitif dengan menghantar pakej-pakej Amazon. 

Disebabkan pemandu-pemandu Amazon Flex ialah kontraktor bebas, bukannya pekerja Amazon, mereka biasanya tidak memakai pakaian berjenama Amazon, dan mereka melakukan penghantaran menggunakan kenderaan mereka sendiri.

Amazon Malaysia - Amazon Flex is the company

Amazon Flex ialah platform penghantaran Amazon terbaru yang direka untuk membantu Amazon mendapatkan kawalan yang lebih besar terhadap rantaian nilai dan mempercepatkan penghantaran jarak terakhir. 

Amazon Prime Di Malaysia

Amazon Prime ialah servis langganan beli-belah premium Amazon. Dilancarkan pada tahun 2005, manfaat Amazon Prime termasuklah penghantaran dua hari secara percuma, Prime Reading, hos servis siaran muzik dan video, dan banyak lagi. Terdapat 100 juta orang pengguna Amazon Prime di seluruh dunia, dan angka tersebut meningkat sebanyak puluhan juta pengguna setiap tahun. 

Amazon menawarkan banyak servis lain melalui Amazon Prime untuk menjadikan keahlian lebih bernilai untuk pelanggan: 

  • Amazon Prime Music: Servis siaran musik tanpa batas, bebas iklan, serupa Spotify dan YouTube Music. Ahli Amazon Prime boleh mengakses hampir keseluruhan Amazon Prime Music library secara percuma, dan mereka boleh melanggan Amazon Prime Music Unlimited untuk mengakses semua lagu di dalam Amazon library dengan bayaran tambahan.
  • Amazon Prime Video: Dilancarkan pada tahun 2006, Amazon Prime Video ialah servis Internet video-on-demand yang menawarkan pelbagai konten dan programming yang original, menjadikannya pesaing kuat dengan pembekal servis video-on-demand yang lain seperti Netflix dan Hulu. 
  • Amazon Prime Now: Dilancarkan pada tahun 2014, Amazon Prime Now membolehkan pelanggannya untuk menerima penghantaran produk dalam masa 1-2 jam dengan bayaran tambahan. Hampir setengah daripada ahli Amazon Prime telah menggunakan Amazon Prime Now paling kurang sekali. 

Sejak tahun 2015, Amazon telah menganjurkan Prime Day tahunannya pada 15 Julai. Prime Day adalah serupa dengan Black Friday di mana banyak produk di laman tersebut ditawarkan degan diskaun yang hebat pada 15 hari bulan dan beberapa hari sebelum dan selepas tarikh tersebut. 

Karier Amazon Malaysia

Jika anda sedang mencari karier di Amazon di Malaysia, anda telah datang ke tempat yang salah. Ini bukanlah portal perkerjaan untuk Amazon di Malaysia! Pulang ke Google dan sambung carian anda di sana, atau pergi terus ke global jobs portal Amazon.

Bagaimana Untuk Menjual Di Amazon Di Malaysia

Menjual barangan di Amazon di Malaysia adalah mudah, dan anda boleh mula hanya dengan beberapa langkah mudah: 

  1. Pergi ke services.amazon.com.
  2. Skrol ke bawah, klik Start Selling, dan masuk ke akaun Amazon anda. 
  3. Ikut paparan skrin dan anda akan sedia dalam masa beberapa minit. 
Amazon Malaysia - Selling on Amazon in Malaysia is as simple as signing up, completing a few prompts and uploading your first items.
Menjual di Amazon di Malaysia adalah mudah dengan hanya mendaftar, ikuti paparan skrin dan kemudian memuatnaikkan item pertama anda.

Berikut ialah apa yang anda perlukan untuk mula menjual di Amazon di Malaysia: 

  1. Kad Kredit yang boleh dicaj untuk transaksi antarabangsa (sebarang kad Visa, Mastercard atau American Express boleh digunakan).
  2. Akaun bank di Malaysia yang menyokong ACH (automated clearing house) untuk menerima bayaran dari Amazon.
  3. Alamat emel dan nombor telefon anda di Malaysia.
  4. U.S. EIN (Employee Identification Number), yang boleh didapati dengan mengisi borang IRS Form SS-4 di sini

Itu semua yang kami ingin kongsikan dengan anda tentang cara untuk membeli barangan dari Amazon di Malaysia. Jika anda mempunyai soalan tentang bagaimana untuk menjadikan strategi kami berhasil untuk anda, komen di bawah dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan barangan anda dihantar dengan selamat dan cepat, pada harga terendah. 

—–



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 10 =